Jumaat, 20 September 2013


Nissan Skyline GT-R merupakan kereta sport jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline . Digelar Godzilla oleh majalah Wheels di Autralia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti  Porsche 911dan Ferrari Testarossa , tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R  dan paling terkenal siri Gran Turismo termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

Sejarah jenama

Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun . Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris - kerana kebanyakan kereta yang dijhasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika — bagi menggalakkan jualan.
Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904  GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan olehMazda Savanna RX-3.  bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.